Berbagi rezeki itu indah, lebih-lebih lagi apabila dikongsi bersama para penuntut ilmu. Bukan sahaja
memberi manfaat kepada para pelajar tetapi juga pahala yang berpanjangan selama hasil
sumbangan itu dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.
.
Bukan sahaja agama Islam, bahkan agama-agama lain juga menggalakkan umatnya untuk berkongsi
rezeki bagi membersihkan harta.
.
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya membuka ruang untuk bersama-sama berkongsi
kesempatan bagi mengejar pahala dalam kempen Sedekah Subuh.
.
Kempen ini dilaksanakan bagi mengumpul dana untuk menjaga kebajikan disamping menyediakan
peluang biasiswa untuk para pelajar. Dana yang terkumpul juga akan digunakan untuk menambah
baik prasarana dan fasiliti yang lebih moden dan selesa untuk pelajar.
.
#SedekahSubuh